Love is Cinta
cinta bkn mainan
Monday 30 April 2012 | 20:32 | 0 comments

Pernah suatu masa dahulu, ketika saya sedang berjalan-jalan dengan Mrs Teddy (tengahdating la kirenya), saya ternampak beberapa orang budak dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun duduk berlepak-lepak di shopping complex. Kecil-kecil je badan mereka. Yang menjadi peliknya, mereka-mereka ini bukan saja berkumpul tetapi berkepit mengalahkan saya dengan Mrs Teddy (Tetapi kitorang takde berkepit-kepit tau. Tu pasal saya kata mengalahkan kami berdua).
Memang semua orang ingin bercinta. Lagi-lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta itu mula membuak-buak. Ramai yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet. Saya tak pasti la kenapa tetapi dari apa yang saya tahu, cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka semata-mata dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang tujuannya untuk mendirikan rumah tangga.
Cinta bukan mainan ye adik-adik? (Macam dah tua pulak saya ni kan panggil adik-adik ni…). Tetapi cinta itu merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya cinta ini dibuat main-main, sudah pasti cinta itu akan retak lalu pecah disebabkan perasaan yang tidak serius dalam bercinta. Cinta perlukan pengorbanan dan tanggungjawab. Ingat tu…
Jadi…sekiranya adik-adik yang ingin bercinta itu, cuba fikirkan sedalam-dalamnya. Adakah adik-adik cinta pada seseorang itu hanya untuk suka-suka atau memang benar-benar sayang dan ingin hidup bersama dengan si dia hingga ke akhir hayat. Cuba minta pendapat rakan-rakan adik yang lain dan bertanya pada diri sendiri adakah adik-adik bersedia untuk bercinta.
Fikir-fikirkanlah masa depan adik-adik. Bercinta memang best. Memang menarik. Tetapi adakah adik-adik benar-benar mencintai si dia? Benarkah si dia betul-betul mencintai adik? Bolehkah adik-adik dapat membahagikan masa untuk bercinta dan untuk berlajar? Semuanya bergantung pada diri adik-adik untuk menilainya.
Sekiranya ada masalah dan ingin bertanyakan pendapat, adik-adik bolehlah tanya soalan diForum Tentang Cinta kami. Di sana, kami mempunyai ramai ahli-ahli forum dan FTC Crew yang dapat membantu dan memberikan jalan penyelesaian untuk adik-adik memilihnya.
Tetapi bagi saya, bercintalah ketika adik-adik benar-benar bersedia. Dan kalau boleh, cuba elakkan dari bercinta ketika masih di alam persekolahan. Sudah banyak yang saya dengarcouple-couple muda putus hubungan ketika masih bersekolah.
Sekiranya anda ada pendapat yang lain, bolehlah kongsikan ia melalui kotak komen di bawah ini. Mari kita bincangkan bersama-sama mengenai isu cinta di usia muda ini. Kalau ada adik-adik yang bercinta dan masih bersekolah ingin berkongsi pendapat pun, boleh juga. Hantarkan saja komen-komen anda di sini. Kami pun nak tahu juga apa sebab anda bercinta ketika masih bersekolah.

Older Post | Newer Post