Love is Cinta
cInTa lelAki...!
Thursday 12 January 2012 | 23:20 | 0 comments
  1. Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
  2. Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya.
  3. Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.
  4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaku, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita.
  5. Ketika lelaki mengatakan “Perempuan itu tidak mempunyai hati”, bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya.
  6. Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir.
  7. Hati wanita yang mabuk dilamun cinta bagaikan mihrab emas yang biasanya hanya patung tanah yang berlindung di bawahnya.
  8. Bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan dan kemudian bersedih.
  9. Banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai.
  10. Cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. Sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
  11. Dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
  12. Cinta, wanita, lelaki dan larangan.
  13. Betapa pun seorang wanita bermulut seribu, namun cinta akan mengajarnya diam.
  14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
  15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan kekasihnya.
  16. Ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
  17. Dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.
  18. Dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus menerus.
  19. Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai.
  20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam bercinta.
  21. Dalam cinta, lelaki bak serigala yang ganas, hati-hatilah. Manakala wanita pula sanggup menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
  22. Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.
  23. Tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru.
  24. Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
  25. Cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman.
  26. Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya, demikian juga dengan lelaki.
  27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya.
  28. Kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
  29. Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
  30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita.

Older Post | Newer Post